Showing posts with label sendiri. Show all posts
Showing posts with label sendiri. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

Sendiri

Sendiri by Sara Cempaka

Aku terdiam sebentar,
Dalam keserabutan minda memikr,
Aku cuba senyap,
Di dalam kebingitan kekecohan ,
Aku dengar degup hati,
Aku lihat kilas air mukaku,
Kosong.
Aku sebenarnya sepi.
Aku sebenarnya sendiri.
Aku sebenarnya sesat dalam duniaku sendiri.

Minta ditarik aku,
Selamatkan ku,
Dari kegelapan dosa-dosaku
Minta dipegang tanganku
Pandulah ku ke jalan yang kau kata lurus itu
Aku gerun untuk berjalan tanpamu

Aku mahu berubah
Tapi aku sendiri.